...

Thursday, 29 August 2013

Kegagalan mengajar erti kebangkitan...


"Anda telah gagal dalam ujian PTM yang dihadiri pada bulan lepas"

        Dengan adanya statement di atas di ruang emel ku, bererti tiada peluang untukku bekerja di sektor kerajaan. Tetapi gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.. Disebabkan ini, aku makin yakin bahawa pekerjaan yang telah aku lalui selama hampir 6 bulan adalah yang terbaik buatku.. Aku sangat bersyukur dan berterima kasih pada Yang Maha Esa dengan memberikan rezeki yang luas pada hambaNya yang lemah ini. Aku harus terus tabah menempuh segala rintangan dan dugaan.

        Aku ditakdirkan menjadi seorang Network Analyst.. Alhamdulillah.. Menjaga server 1 Malaysia daripada diancam penceroboh. Bersengkang mata malam dan siang...Sama seperti askar yang menjaga negara tidak kira siang atau malam... Tetapi aku sangat suka dan bangga dengan pekerjaan ku sekarang seperti mana aku bangga menjadi anak Malaysia yang merdeka.

Hampir 31 Ogos 2013, mari kita laungkan panji-panji kemerdekaan...
Saya sayang Malaysia!
 Merdeka!Merdeka!Merdeka! 

No comments:

Post a Comment